Senin, 19 Juli 2010

MAJLIS 'GATHERING' KREW AL-FITYAN 2010




Bertempat di DPJA Mansurah, seperti biasa Mesyuarat Tahunan merangkap Majlis Gathering krew-krew al-Fityan telah diadakan. Persiapan majlis telah dimulakan seawal 13 Julai lagi oleh krew-krew siswa-siswi dari Mansurah.

Pada malamnya sebahagian krew siswa yang 'bermusafir' dari Kaherah, Zaqaziq dan Tanta mula berkumpul di penginapan DPJA Mansurah dan memulakan aktiviti santai bertukar-tukar cerita sambil mencuba lakaran kartun menggunakan 'wacom' - (sejenis papan lukisan digital) yang dibawa oleh kartunis danish irfan. Turut diberikan sedikit tutorial ringkas grafik dari Saudara Muhamad al-Amin @ Aminislamic selaku salah seorang pereka grafik al-Fityan.

Awal pagi 14 Julai, para krew ikhwah memulakan aktiviti 'tutorial' membakar sate yang menjadi menu utama kali ini. Sebanyak 500 batang sate selamat menjadi korban pada hari itu. Sekitar jam 9 pagi, semua krew bersiap-sedia menyambut kehadiran Ketua Badan Pengurus Penerbitan dan Penerbitan PMRAM, Saudara Faizuddin Ghazali dan HEWI PMRAM, Saudari Akmaizan Yusof. Mesyuarat yang dihadiri oleh lebih 30 orang krew terlibat itu dimulai dengan sesi taaruf dan ucapan ringkas dari Ketua BPP PMRAM. Kemudian agenda mesyuarat diteruskan dengan perlantikan jawatan krew-krew secara rasmi, perbincangan tentang gerak kerja jualan produk al-Fityan, bengkel-bengkel dan pameran terbaru, pembentangan gerak kerja Komik al-Fityan edisi seterusnya dan muhasabah gerak kerja dari krew. “Al-Fityan antara organisasi aktif bawah PMRAM.” Kata saudari Akmaizan selaku wakil HEWI PMRAM mengakhiri ucapan penutup. Alhamdulillah mesyuarat berakhir sekitar jam 12 tengahari dan semua mula menjamu selera sambil bergambar untuk kenang-kenangan.

Usai solat Zohor, semua yang terlibat berkunjung ziarah ke rumah salah seorang krew penulis ilmiah saudara Ahmad Kamil Muallah melihat isterinya saudari Faridah Selamat ( juga krew kartunis al-Fityan) dan cahayamata putera sulung mereka yang baru berusia seminggu.

Firman Allah S.W.T di dalam Surah al-Hujurat :10:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, damaikanlah antara saudara kalian dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian mendapat rahmat"

Minggu, 18 Juli 2010