Senin, 09 Januari 2012

ADAB-ADAB ISLAM SIRI TIGA

Kartun 'Adab-Adab Islam' episod tiga. Dapatkan Komik ANIMAXI isu 9 dipasaran akan datang :)





Boleh lawati untuk melihat lebih lanjut:

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.210279378984031.58532.100000059120292&type=3

Senin, 26 Desember 2011

Pakaian Cermin Takwa

Allah SWT ada berfirman yang bermaksud:

“ Wahai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa, itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”. (Al A’raaf, ayat 26)


Klik gambar untuk membaca dengan jelas :)




Jumat, 23 Desember 2011

Jom Renungkan: Wuduk

Kartun poster kecil ini untuk keluarkan dalam komik ANIMAXI isu 9 akan datang.

Wuduk merupakan salah satu syarat sahnya ibadat solat. Wuduk diwajibkan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnnah.

Dalil al-Quran: Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki kamu sampai ke buku lali”. (Surah al-Maidah 5:6)

Dalil al-Sunnnah: Rasulullah SAW pernah bersabda yang ertinya: " Allah tidak akan menerima solat sesiapa daripada kamu apabila berhadas sebelum berwuduk". (Hadis riwayat al-Bukhari)




Selasa, 29 November 2011

ADAB-ADAB ISLAM SIRI DUA


Kartun 'Adab-Adab Islam' episod dua. Dapatkan Komik ANIMAXI isu 8, masih ada dipasaran. Jangan lepaskan peluang miliki poster-poster menarik :) Klik gambar untuk paparan yang jelas.

(kaver isu 8)
(mukasurat 1)
(mukasurat 2)
(mukasurat 3)
(mukasurat 4)
(mukasurat 5)
(poster-poster percuma)


Di bawah ini lakaran-lakaran awal disebalik tabir pembikinan episod dua.




Sabtu, 26 November 2011

CUIT-CUIT SIRI SATU

InsyaAllah satu projek kecil akan datang, bersama syarikat Pelima Media Sendirian Berhad. Kartun tiga petak 'CUIT-CUIT'.
http://www.pelima.com.my/media/cuit-cuit-2/

( Lakaran awal )





(cuit-cuit siri satu )

Jumat, 04 November 2011

Majlis Apresiasi Kecemerlangan PMRAM 2011


Tarikh: 2 November 2011

Tempat: Dewan Andalus, Al-Azhar Conference Center, Kaherah, Mesir.

Majlis ini bagi meraikan kejayaan para mahasiswa/wi dan graduan/ita Malaysia yang belajar di Mesir. Melibatkan kuliah: Syariah Islamiyah, Usuluddin, Ulum Islamiyah, Dirasat, Qiraat, Perubatan, Darul Ifta' dan Master. Majlis kali ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran para Ulama’ Al-Azhar. Tahniah dan syabas diucapkan buat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) !

* Dewan Andalus merupakan dewan yang paling besar di Al-Azhar Conference Center (ACC) dan menjadi tempat persidangan para ulama tersohor serta tempat pengisytiharan anak bulan yang diumumkan oleh Mufti Mesir, Syeikh Ali Jumaah, setiap tahun.