Jumat, 27 November 2009

SALAM EID AL ADHA



Bersamalah kita menghayati makna pengorbanan agar kita terus berada di atas jalan menuju redha-Nya...


Kamis, 19 November 2009

SITI ZULAIKHA

"JODOH ADALAH TAKDIR, TAKDIR PULA TELAH TERTULIS SEJAK AZALI. ZULAIKHA... ADAKAH DIA TAKDIRKU?"


Sebenarnya cerita pendek ini saya nak sumbangkan dalam Komik Al-Fityan PMRAM Edisi 3, tetapi seorang teman ada mencadangkan supaya cerita pendek SITI ZULAIKHA ini terus dipanjangkan dibuat buku. Bagus juga idea tu memandangkan agak lama saya tidak menghasilkan buku secara solo. InsyaAllah andai ada sokongan kalian saya akan cuba usahakan.


Ini pula lakaran karikatur yang belum siap dilukis.

Rabu, 18 November 2009

SETAREH MINDA EDISI JOM PI KULIAH


untuk paparan yang jelas sila klik image

Selasa, 17 November 2009

PROGRAM ASAH BAKAT (PASAK) 9 NOVEMBER 2009 [ ISNIN]

PASAK siri pertama anjuran unit penerangan dan penerbitan (upp) dewan perwakilan mahasiswa mansurah (DPMM) yang dijadualkan bermula pada jam 12.30 tengah hari dimulakan agak lewat sekitar jam 1.15 petang. Program dimulakan dengan ucapan Ketua Penerbitan DPMM ustaz Mohd Fadzli serta wakil Tok Ketua DPMM ustaz Mohd Alif. Kemudian dirasmikan oleh ustaz Taufiq selaku Badan Pengurus PMRAM merangkap penasihat unit Al-Fityan. Di dalam ucapannya, ustaz Taufiq mengalu-alukan bakat baru yang berminat untuk menyerikan komik Al-Fityan sebagai medium dakwah secara santai. Turut hadir HEWI PMRAM ustazah Ibitisam.

Slot yang pertama telah dikelolai oleh saudara Izzat yang membentangkan kertas kerja bertajuk "pengenalan tentang lukisan" yang memberi gambaran kasar berkenaan dunia lukisan serta medium cabang dakwah yang efektif dalam meneruskan kelangsungan survival Deen islam.untuk slot yang kedua dan terakhir dikelolai oleh saudara Mohd Nasrullah (lagendaseni) dan saudara Alias Chik (menoufiaz) yang bertajuk "teknik asas melukis kartun". Slot tersebut dimulakan dengan penerangan ringkas oleh saudara Alias berkenaan peralatan, panel,dialog, mendakwat serta colouring secara Digital, juga sedikit tutorial melukis kepelbagaian mimik muka. Seterusnya saudara Nasrul berkongsi pengalamannya menerangkan pula asas-asas melukis kartun dengan mengunakan lakaran orang lidi. Program berakhir sebelum maqrib. Semoga berjumpa lagi di PASAK siri kedua pula nanti. InsyaAllah.