Kamis, 03 September 2009

BENGKEL KARTUN DAN KOMIK DIGITAL PMRAM KALI PERTAMA

Assalamualaikum wbt.
KRAF adalah salah satu program Unit Komik Al-Fityan di bawah Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM. Program ini dianjurkan bagi melatih serta mengasah bakat-bakat baru yang mempunyai minat, kebolehan dan kreativiti tetapi tidak tahu bagaimana memulakannya. Ini sekaligus dapat menyalurkan bakat mereka ini melalui media penerbitan yang sering kali digunakan oleh pihak musuh untuk melakukan propaganda dan percubaan dalam merosakkan kesyumulan Islam. Medan ini juga diharapkan dapat melahirkan generasi pelapis pada masa akan datang dan akan menjadi salah satu cabang dakwah.



Sabtu, 15 Agustus 2009

Selasa, 11 Agustus 2009

POSTER GEMPAK

(
(klik image paparan yang lebih gempaq)

Kamis, 30 Juli 2009

JOM BELAJAR MELUKIS KARTUN


(klik image untuk dapatkan paparan yang jelas)

Selasa, 31 Maret 2009

SESUATU YANG BARU

Salam sejahtera! Jumpa lagi... banyak gembira dapat curi masa masuk dalam blog ni, walaupun agak ripuh melalui hari-hari yang sentiasa berkerja. Sebagai buah tangan saya tinggalkan kepada kalian beberapa kerjatangan yang terkini... Kartun satumuka untuk cuit-cuit Muktamar Sanawi PMRAM kali ke 76. Sila tengok di sini... http://alfityan-pmram.blogspot.com/

Ini contoh cover komik fityan edisi ke 3. Agak-agak kalian apa dialog antara mereka berdua tu? nak tahu kena tunggu kemunculannya dipasaran ye...
Lakaran awal mencipta watak-watak dalam cerita pendek untuk dimuatkan dalam komik fityan edisi 3 nanti. Buat warga pelajar perubatan di bumi mesir jangan ketinggalan untuk membacanya, tajuk cerita tu saya belum fikir lagi... CINTA MEDIC VERSI MESIR, ok tak? hehehe... Okey laa... bertemu lagi!

Minggu, 22 Februari 2009

KOMIK FITYAN EDISI 2



Salam sejahtera.
Al-Fityan edisi kedua sedang berada di pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya.
Jenguk-jenguklah sekarang di koperasi BKAN dan DPM berdekatan dengan anda, ya! ;) http://alfityan-pmram.blogspot.com