Sabtu, 01 Januari 2011

Jumat, 31 Desember 2010

YEAAHHH! HARIMAU MALAYA!!!


Syabas dan tahniah di atas kemenangan yang sangat bermakna buat Skuad Harimau Malaysia. Kejayaan ini sangat bermakna buat pasukan Malaysia kerana buat julung kalinya menjuarai kejuaraan ini semenjak kali pertama kejuaran ini di perkenalkan pada tahun 1996. Segalanya telah terbukti Malaysia lebih hebat. Saya mencadangkan wira-wira negara yang menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 menjelajah seluruh negeri di Malaysia untuk menghargai sokongan peminat. Ayuh harimau malaya semoga kalian terus maju pada masa akan datang!
YOU GUYS MAKE US PROUD !!!

Minggu, 05 Desember 2010

Kembali Menemui Lembah Nil


Hidangan makan tengah malam selepas setengah jam berlepas .


Dengan sepantas kilat. Magika !

Banyak lagi ruang kosong. Sedang mencari 'port' kosong untuk tidur. Ha! kat situ kosong!


Alhamdulillah selamat sampai ke Cairo International Airport.
Sedang tunggu kawan datang ambil.


Melepasi kuanter susur keluar dari Airport. Cuaca di luar teramat sejuk. Musim sejuk sekarang kat Mesir.


Kabus tebal sekitar jam 7 pagi.







Kompleks penempatan pelajar2 Malaysia.

Inilah bangunan ke-2 asrama mahasiswa2 negeri Kedah.


Bila dah sampai terus mencari' HADRMOT'... Yah! makanan kegemaran ku!

Minggu, 28 November 2010

GENG CILIK PINTAR


Tajuk: Geng Cilik Pintar
Penulis: Subroto Hj Katimin
Ilustrasi: Lagendaseni
ISBN : 978-967-5426-32-2
Harga SM/SS: RM 13.90/16.90
Terbitan : Must Read Sdn Bhd

Antara contoh-contoh lakaran awal.
(klik imej untuk lihat lebih besar)

SINOPSIS

Razif

Nakal, cergas dan pintar. Berangan-angan ingin menjadi superhero Melayu dan suka menolong dan menjadi ketua dalam apa jua situasi.

Aisyah

Cantik, cerdas dan sungguh tinggi budi bahasanya. Tenang dan sering tidak sependapat dengan Razif dan kawan-kawan namun sentiasa menghormati kawan.

Hung Nung

Rajin, setiakawan dan kelakar.

Nathan

Setiakawan dan kelakar

Zarina

Cantik yang kecoh dan kelakar. Beranilah

Richard

Setiakawan dan kelakar

Apabila mereka bersatu pelbagai misi berjaya diselesaikan, dengan itu wujudlah GENG CILIK PINTAR. Dapatkan sekarang kini sudah berada dipasaran!

Kamis, 28 Oktober 2010

LAWATAN GENG KOMIK ALFITYAN PMRAM KE PTS

Batu Caves –Jumaat yang lepas bersamaan dengan 28 Syawal 1431 H – Saya bersama GENG KOMIK AL-FITYAN PMRAM telah membuat lawatan sambil belajar ke PTS Publication and Distributors Sdn. Bhd. Lawatan yang dihadiri oleh 13 Geng Komik Al-Fityan adalah bertujuan mempelajari dengan lebih dekat cara menghasilan komik di salah sebuah syarikat penerbitan yang tidak asing di Malaysia ini.

Ketibaan kami pada jam 11.30 pagi di Pejabat Pengrusan PTS telah disambut oleh saudara Syafiq Zulakifli, selaku salah seorang editor di sana sekaligus orang yang bertanggungjawab menguruskan lawatan kami di sana. Turut hadir di dalam lawatan tersebut ialah saudara Abdul Malik bin selaku salah seorang Penasihat PMRAM juga mantan Pengarah Urusan Komik Al-Fityan.

Pada slot pertama lawatan berlangsung, kami telah dibentangkan dengan beberapa pengenalan mengenai latar belakang syarikat oleh Tuan Faizal Mukhtar, selaku Pengurus PTS Fortuna diikuti dengan pendedahan mengenai senario komik di Malaysia dan pengenalan mengenai Komik-M oleh Tuan Aliff Firdaus, selaku Editor PTS Millenia. Pada slot yang berikutnya, Editor PTS Islamika merangkap pelukis komik, Tuan Norazlin Ngah atau nama penanya Jonus, telah memberi beberapa tips kepada krew untuk menghasilkan lukisan komik yang bermutu. Pembentangan berikutnya adalah daripada pelukis yang tidak asing lagi dalam dunia komik di Mesir suatu ketika dahulu, Tuan Wan Zuhairi atau nama penanya Wanzu.

Sesi pembentangan ditangguhkan kira-kira jam 12.30 tengah hari bagi memberi laluan untuk solat dan makan tengah hari yang telah disediakan. Lawatan diteruskan dengan sesi soal jawab bersama saudara Syafiq Zulakifli selaku bekas mahasiswa Al-Azhar yang telah menimba pengalaman di dalam dunia penerbitan itu. Beberapa panduan telah beliau kongsikan kepada krew untuk dijadikan sebagai bekal pada masa akan datang.

Lawatan diteruskan dengan meninjau bahagian operasi para editor membuat hasil kerja mereka. Di sana semua peserta dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana editor grafik membuat hasil grafik yang menarik menggunakan wacom. Beberapa peserta sangat teruja kerana diberi peluang melakar kartun menggunakan wacom tersebut.

Sesi lawatan berakhir dengan ucapan ringkas daripada penganjur program. Geng Komik Al-Fityan yang hadir mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd menerima kunjungan kami. Pengalaman yang amat bermakna ini akan kami jadikan sebagai panduan di dalam gerak kerja kami, sekaligus mencapai tujuan penghasilan komik islamik iaitu untuk sebagai salah sebuah medium menyebarkan dakwah.