Selasa, 29 November 2011

ADAB-ADAB ISLAM SIRI DUA


Kartun 'Adab-Adab Islam' episod dua. Dapatkan Komik ANIMAXI isu 8, masih ada dipasaran. Jangan lepaskan peluang miliki poster-poster menarik :) Klik gambar untuk paparan yang jelas.

(kaver isu 8)
(mukasurat 1)
(mukasurat 2)
(mukasurat 3)
(mukasurat 4)
(mukasurat 5)
(poster-poster percuma)


Di bawah ini lakaran-lakaran awal disebalik tabir pembikinan episod dua.




Sabtu, 26 November 2011

CUIT-CUIT SIRI SATU

InsyaAllah satu projek kecil akan datang, bersama syarikat Pelima Media Sendirian Berhad. Kartun tiga petak 'CUIT-CUIT'.
http://www.pelima.com.my/media/cuit-cuit-2/

( Lakaran awal )





(cuit-cuit siri satu )

Jumat, 04 November 2011

Majlis Apresiasi Kecemerlangan PMRAM 2011


Tarikh: 2 November 2011

Tempat: Dewan Andalus, Al-Azhar Conference Center, Kaherah, Mesir.

Majlis ini bagi meraikan kejayaan para mahasiswa/wi dan graduan/ita Malaysia yang belajar di Mesir. Melibatkan kuliah: Syariah Islamiyah, Usuluddin, Ulum Islamiyah, Dirasat, Qiraat, Perubatan, Darul Ifta' dan Master. Majlis kali ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran para Ulama’ Al-Azhar. Tahniah dan syabas diucapkan buat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) !

* Dewan Andalus merupakan dewan yang paling besar di Al-Azhar Conference Center (ACC) dan menjadi tempat persidangan para ulama tersohor serta tempat pengisytiharan anak bulan yang diumumkan oleh Mufti Mesir, Syeikh Ali Jumaah, setiap tahun.














Selasa, 25 Oktober 2011

BENGKEL ASAS MELUKIS KARTUN


16HB OKTOBER 2011 (AHAD)
7.00 PAGI HINGGA 12.OO TENGAHARI
PESERTA: AHLI MKKK SAHAJA
ANJURAN: BADAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN SUKAN MAJLIS KEBAJIKAN KELUARGA KEDAH (MKKK)










http://www.facebook.com/media/set/?set=a.297888040223284.84397.119561408055949&type=1

Senin, 10 Oktober 2011

Majlis Konvokesyen Al-Azhar 9.10.11


Alhamdulillah selesai juga akhirnya setelah sekian lama. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga dan kawan2 yang mendoakan. Bergelar graduan al azhar bukanlah untuk dibanggakan, tetapi sedang memikul satu amanah & tanggungjawab Nasihat buat diri & sahabat2 seperjuangan...














Kamis, 29 September 2011

ADAB-ADAB ISLAM SIRI SATU

Assalamualaikum kawan2, harap kalian sihat sejahtera.
Catatan kali ini saya ingin berkongsi karya kartunis abang UJANG selaku penasihat komik animaxi kerana memberi peluang kepada saya untuk menapak karya dalam majalah ini. Jalan cerita kartun ini berkisarkan adab-adab Islam dalam kehidupan seharian. Di dalam komik ANIMAXI ini juga, kalian boleh membaca karya terbaru kartunis abang UJANG iaitu IBC (Inteligent Blues Club). Okey, nantikan siri2 seterusnya dan dapatkan komik isu 7 kini dipasaran.


Ini lakaran2 awal pembikinan. Lakaran saya memang nampak kasar dan comot :)







kaver isu 7- ilustrasi oleh kartunis UJANG.



Kamis, 28 Juli 2011

BENGKEL DAN GATHERING GENG/SAHABAT ALFITYAN PMRAM 24-25 JUL 2011

Qudus a.k.a Danish Irfan mempengerusikan program.

Pengarah Bengkel, saudara Al-Amin Hj Salleh menyampaikan
cenderahati karikatur kepada Tuan Zulhafeez Ahmad Zahidi, Ketua Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM 2011/2011.

Saya dengan slot kegemaran teknik asas
melukis menggunakan orang lidi



Zakiatun Nazneen juga sedang menjelaskan teknik asas melukis dengan orang lidi

Slot mimik muka: saudara Aiman a.k.a hang jebat

Saudara Hakimi a.k.a penduga arus dalam slot cipta
karakter (watak)dan skrip cerita komik

Saudara Naqib a.k.a koeyteowpataya sedang memberi
penerangan slot lipatan pakaian dan latar belakang

Peserta diberi tugasan melukis


Tuan Alamin a.k.a Abang taiko kawasan kaherah
dalam slot bermain2 dengan adobe photoshop


Amin dalam slot bermain2 rekabentuk dengan adobe photoshop

Saudari Fatimah Zahra a.k.a rix zara dalam slot mewarna secara digital

Kek coklat berlapis ikatan ukhwah :)

Satey Ayam

Nasi Beriani & Ayam Masak Merah

Cuba teka, pinggan siapa paling besar?