Jumat, 27 November 2009
Kamis, 19 November 2009
SITI ZULAIKHA
"JODOH ADALAH TAKDIR, TAKDIR PULA TELAH TERTULIS SEJAK AZALI. ZULAIKHA... ADAKAH DIA TAKDIRKU?"
Sebenarnya cerita pendek ini saya nak sumbangkan dalam Komik Al-Fityan PMRAM Edisi 3, tetapi seorang teman ada mencadangkan supaya cerita pendek SITI ZULAIKHA ini terus dipanjangkan dibuat buku. Bagus juga idea tu memandangkan agak lama saya tidak menghasilkan buku secara solo. InsyaAllah andai ada sokongan kalian saya akan cuba usahakan.
Ini pula lakaran karikatur yang belum siap dilukis.
Rabu, 18 November 2009
Selasa, 17 November 2009
PROGRAM ASAH BAKAT (PASAK) 9 NOVEMBER 2009 [ ISNIN]
PASAK siri pertama anjuran unit penerangan dan penerbitan (upp) dewan perwakilan mahasiswa mansurah (DPMM) yang dijadualkan bermula pada jam 12.30 tengah hari dimulakan agak lewat sekitar jam 1.15 petang. Program dimulakan dengan ucapan Ketua Penerbitan DPMM ustaz Mohd Fadzli serta wakil Tok Ketua DPMM ustaz Mohd Alif. Kemudian dirasmikan oleh ustaz Taufiq selaku Badan Pengurus PMRAM merangkap penasihat unit Al-Fityan. Di dalam ucapannya, ustaz Taufiq mengalu-alukan bakat baru yang berminat untuk menyerikan komik Al-Fityan sebagai medium dakwah secara santai. Turut hadir HEWI PMRAM ustazah Ibitisam.
Langganan:
Postingan (Atom)