Jumat, 31 Desember 2010
YEAAHHH! HARIMAU MALAYA!!!
Syabas dan tahniah di atas kemenangan yang sangat bermakna buat Skuad Harimau Malaysia. Kejayaan ini sangat bermakna buat pasukan Malaysia kerana buat julung kalinya menjuarai kejuaraan ini semenjak kali pertama kejuaran ini di perkenalkan pada tahun 1996. Segalanya telah terbukti Malaysia lebih hebat. Saya mencadangkan wira-wira negara yang menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 menjelajah seluruh negeri di Malaysia untuk menghargai sokongan peminat. Ayuh harimau malaya semoga kalian terus maju pada masa akan datang!
YOU GUYS MAKE US PROUD !!!
Minggu, 05 Desember 2010
Kembali Menemui Lembah Nil
Minggu, 28 November 2010
GENG CILIK PINTAR
Penulis: Subroto Hj Katimin
Ilustrasi: Lagendaseni
ISBN : 978-967-5426-32-2
Harga SM/SS: RM 13.90/16.90
Terbitan : Must Read Sdn Bhd
Razif
Nakal, cergas dan pintar. Berangan-angan ingin menjadi superhero Melayu dan suka menolong dan menjadi ketua dalam apa jua situasi.
Aisyah
Cantik, cerdas dan sungguh tinggi budi bahasanya. Tenang dan sering tidak sependapat dengan Razif dan kawan-kawan namun sentiasa menghormati kawan.
Hung Nung
Rajin, setiakawan dan kelakar.
Nathan
Setiakawan dan kelakar
Zarina
Cantik yang kecoh dan kelakar. Beranilah
Richard
Setiakawan dan kelakar
Apabila mereka bersatu pelbagai misi berjaya diselesaikan, dengan itu wujudlah GENG CILIK PINTAR. Dapatkan sekarang kini sudah berada dipasaran!
Kamis, 28 Oktober 2010
LAWATAN GENG KOMIK ALFITYAN PMRAM KE PTS
Batu Caves –Jumaat yang lepas bersamaan dengan 28 Syawal 1431 H – Saya bersama GENG KOMIK AL-FITYAN PMRAM telah membuat lawatan sambil belajar ke PTS Publication and Distributors Sdn. Bhd. Lawatan yang dihadiri oleh 13 Geng Komik Al-Fityan adalah bertujuan mempelajari dengan lebih dekat cara menghasilan komik di salah sebuah syarikat penerbitan yang tidak asing di Malaysia ini.
Ketibaan kami pada jam 11.30 pagi di Pejabat Pengrusan PTS telah disambut oleh saudara Syafiq Zulakifli, selaku salah seorang editor di sana sekaligus orang yang bertanggungjawab menguruskan lawatan kami di sana. Turut hadir di dalam lawatan tersebut ialah saudara Abdul Malik bin selaku salah seorang Penasihat PMRAM juga mantan Pengarah Urusan Komik Al-Fityan.
Pada slot pertama lawatan berlangsung, kami telah dibentangkan dengan beberapa pengenalan mengenai latar belakang syarikat oleh Tuan Faizal Mukhtar, selaku Pengurus PTS Fortuna diikuti dengan pendedahan mengenai senario komik di Malaysia dan pengenalan mengenai Komik-M oleh Tuan Aliff Firdaus, selaku Editor PTS Millenia. Pada slot yang berikutnya, Editor PTS Islamika merangkap pelukis komik, Tuan Norazlin Ngah atau nama penanya Jonus, telah memberi beberapa tips kepada krew untuk menghasilkan lukisan komik yang bermutu. Pembentangan berikutnya adalah daripada pelukis yang tidak asing lagi dalam dunia komik di Mesir suatu ketika dahulu, Tuan Wan Zuhairi atau nama penanya Wanzu.
Sesi pembentangan ditangguhkan kira-kira jam 12.30 tengah hari bagi memberi laluan untuk solat dan makan tengah hari yang telah disediakan. Lawatan diteruskan dengan sesi soal jawab bersama saudara Syafiq Zulakifli selaku bekas mahasiswa Al-Azhar yang telah menimba pengalaman di dalam dunia penerbitan itu. Beberapa panduan telah beliau kongsikan kepada krew untuk dijadikan sebagai bekal pada masa akan datang.
Lawatan diteruskan dengan meninjau bahagian operasi para editor membuat hasil kerja mereka. Di sana semua peserta dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana editor grafik membuat hasil grafik yang menarik menggunakan wacom. Beberapa peserta sangat teruja kerana diberi peluang melakar kartun menggunakan wacom tersebut.
Sesi lawatan berakhir dengan ucapan ringkas daripada penganjur program. Geng Komik Al-Fityan yang hadir mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd menerima kunjungan kami. Pengalaman yang amat bermakna ini akan kami jadikan sebagai panduan di dalam gerak kerja kami, sekaligus mencapai tujuan penghasilan komik islamik iaitu untuk sebagai salah sebuah medium menyebarkan dakwah.
Sabtu, 14 Agustus 2010
Senin, 19 Juli 2010
MAJLIS 'GATHERING' KREW AL-FITYAN 2010
Bertempat di DPJA Mansurah, seperti biasa Mesyuarat Tahunan merangkap Majlis Gathering krew-krew al-Fityan telah diadakan. Persiapan majlis telah dimulakan seawal 13 Julai lagi oleh krew-krew siswa-siswi dari Mansurah.
Usai solat Zohor, semua yang terlibat berkunjung ziarah ke rumah salah seorang krew penulis ilmiah saudara Ahmad Kamil Muallah melihat isterinya saudari Faridah Selamat ( juga krew kartunis al-Fityan) dan cahayamata putera sulung mereka yang baru berusia seminggu.
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, damaikanlah antara saudara kalian dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian mendapat rahmat"
Minggu, 18 Juli 2010
Senin, 12 Juli 2010
Jumat, 25 Juni 2010
ILMU ALLAH LUAS
Ilmu Allah sebenarnya begitu luas, cuma kekadang kita tanpa sedar terleka dengan bayangan dunia hingga tidak mencarinya. Bersamalah kita melangkah menjejakinya :)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkanya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana reda apa yang mereka lakukan. (HR abu Daud)