Selasa, 20 April 2010

PAMERAN UNIT KOMIK ALFITYAN DI MUKTAMAR SANAWI PMRAM KALI KE 77

Saya bersama krew alfityan telah mengadakan rangka promosi komik edisi 3 yang telah pun berada di pasaran kampus. Inilah pameran yang julung2 kali diadakan setelah sebelum ini bergerak dengan pelbagai aktiviti dan siri bengkel. Alhamdulillah, sambutan hebat dikalangan pengunjung dan semua peminat komik. Beberapa krew pelukis komik dan karyawan yang telibat telah mempamerkan karya2 asli masing2, melukis secara live dan menjual produk2 sendiri seperti komik, poster, bookmark, original artwork dan segala macam lagi pada pengunjung yang datang.









Lukisan karikatur BP PMRAM 2009. Jasa kalian kami kenang!


Sebahagian krew pameran unit alfityan bergambar kenangan bersama mantan presiden PMRAM 2009 dan presiden PMRAM 2010.






Komik Al-Fityan merupakan salah satu lapangan dakwah mahasiswa Islam Mesir dalam meneruskan lagi agenda PMRAM memberikan dakwah secara kontemporari.... http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=849:muktamar-sanawi-pmram-kali-ke-77-memantapkan-fikrah-ahli&catid=1:pmram&Itemid=63

Komik alfityan edisi 3 tema CINTA kini sudah berada dipasaran. Kalian boleh dapatkan di kedai koperasi BKAN dan DPM masing-masing. Semasa pelancarannya di muktamar tu dah 70% komik terjual, jadi yg bakinya siapa cepat dia dapat. Terima kasih di ucapkan kepada semua krew yang terlibat kerana menjayakan pameran sulong ini, semoga usaha ini akan terus bergerak. Dan nantikan edisi 4 tema UKHWAH selepas ini pula ya.

Senin, 19 April 2010

Dapatkan majalah KAWAN mei kini di pasaran !


Inilah COVER bulan mei




Setelah diwarnakan oleh pihak grafik.



Lakaran awal ( masih dalam proses mengenali watak karakter)