Selasa, 17 November 2009

PROGRAM ASAH BAKAT (PASAK) 9 NOVEMBER 2009 [ ISNIN]

PASAK siri pertama anjuran unit penerangan dan penerbitan (upp) dewan perwakilan mahasiswa mansurah (DPMM) yang dijadualkan bermula pada jam 12.30 tengah hari dimulakan agak lewat sekitar jam 1.15 petang. Program dimulakan dengan ucapan Ketua Penerbitan DPMM ustaz Mohd Fadzli serta wakil Tok Ketua DPMM ustaz Mohd Alif. Kemudian dirasmikan oleh ustaz Taufiq selaku Badan Pengurus PMRAM merangkap penasihat unit Al-Fityan. Di dalam ucapannya, ustaz Taufiq mengalu-alukan bakat baru yang berminat untuk menyerikan komik Al-Fityan sebagai medium dakwah secara santai. Turut hadir HEWI PMRAM ustazah Ibitisam.

Slot yang pertama telah dikelolai oleh saudara Izzat yang membentangkan kertas kerja bertajuk "pengenalan tentang lukisan" yang memberi gambaran kasar berkenaan dunia lukisan serta medium cabang dakwah yang efektif dalam meneruskan kelangsungan survival Deen islam.untuk slot yang kedua dan terakhir dikelolai oleh saudara Mohd Nasrullah (lagendaseni) dan saudara Alias Chik (menoufiaz) yang bertajuk "teknik asas melukis kartun". Slot tersebut dimulakan dengan penerangan ringkas oleh saudara Alias berkenaan peralatan, panel,dialog, mendakwat serta colouring secara Digital, juga sedikit tutorial melukis kepelbagaian mimik muka. Seterusnya saudara Nasrul berkongsi pengalamannya menerangkan pula asas-asas melukis kartun dengan mengunakan lakaran orang lidi. Program berakhir sebelum maqrib. Semoga berjumpa lagi di PASAK siri kedua pula nanti. InsyaAllah.













Senin, 26 Oktober 2009

Rabu, 21 Oktober 2009

Ragam Kutub Sittah PMRAM


Klik gambar untuk dapatkan image yang jelas

http://kutubsittah-pmram.blogspot.com

Minggu, 18 Oktober 2009

BENGKEL KARTUN DAN KOMIK DIGITAL PMRAM KALI KEDUA

Bertemu kembali, doa saya semoga kalian berada dalam keadaan sihat selalu. Maaflah agak lama tak update blog ini disebabkn agak sibuk dengan tugasan harian. Pada 13-14hb oktober yang lepas saya bersama dengan rakan-rakan komik alfityan PMRAM telah dijemput sebagai tenaga pengisian BENGKEL MELUKIS KARTUN DAN KOMIK DIGITAL anjuran Unit Penerbitan dan Penerangan Mahasiswi di Iskandariah. Alhamdulillah program tersebut berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang begitu baik daripada kalangan siswi-siswi al-azhar juga beberapa penyertaan daripada pelajar perubatan. Jom kita tengok gambar-gambar semasa bengkel tersebut!
















Sabtu, 19 September 2009