Rabu, 20 Agustus 2008

BENGKEL KREATIF

KARIKATUR SUATU PRESENTASI RINGKAS
 Dewan Persada Jazirah Al-Ward, Mansurah 
 12 Sya'aban 1429 H (12hb Ogos 2008) Selasa 

Saya dijemput sebagai moderator pengisian Bengkel Karikatur anjuran Akademi Karyawan Mansurah (AKAR) di bawah unit Penerbitan dan Penerangan Dewan Perwakilan Mahasisa/wi Mansurah. Program ini dianjurkan bagi melatih dan mengasah bakat-bakat baru yang mempunyai minat, berkebolehan dan berjiwa kreatif. Ia juga merupakan satu platform alternatif saluran dakwah kotemporari bagi menangkis dan melawan musuh-musuh Islam. Dewasa ini, kita dapat melihat musuh-musuh Islam telah berjaya menggunakan medium lukisan karikatur untuk menyebarkan dakyah dan memburuk-burukkan Islam itu sendiri. Contohnya lukisan karikatur penghinaan Rasulullah yang melampau-lampau termasuk ahli keluarga baginda sendiri.

Waktu mentari pagi mula bersinar cerah, saya sampai disana seawal jam sembilan. Sengaja hadirkan diri awal sedikit, boleh ambil masa rehat dan bincang mengenai tentatif program bersama pihak pengajur. Selepas breakfast kuih pau dan karipap yang disediakan, sementara menunggu program bermula saya warm up dulu apa yang hendak dibentangkan nanti.
Jam 10.30 pagi. Dalam slot pertama saya bersama rakan moderator saudari Fadhlina Yusof membentangkan kertas kerja pengenalan ringkas mengenai karikatur. Kemudian saudari Fadhlina meneruskan pembentangan tentang pengenalan Darul Digital Multimedia Sdn.Bhd, ianya sebagai memanjangkan promosi daripada beberapa orang wakil kerajaan negeri Kelantan yang datang ke Mesir membuat lawatan kerja baru-baru ini . Darul Digital ini merupakan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) . Ia merupakan pusat latihan animasi yang pertama di Kelantan yang menawarkan peluang kepada mereka yang berbakat dan berminat untuk mempelajari teknik penghasilan animasi dan perfileman tempatan mahupun antarabangsa. Anda boleh layari www.daruldigital.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Selepas berhenti rehat jam 12.45 tengahari untuk solat dan makan, bengkel disambung balik pada pukul dua petang. Slot ke dua ini saya diberi tanggungjawab untuk handle sepenuhnya. Para peserta yang hadir hari itu semuanya mempunyai minat tetapi tidak tahu bagaimana memulakan langkah. Berbekal sekecil pengalaman yang ada saya berkongsi menerangkan serta memberikan contoh-contoh lakaran asas untuk mencipta watak kartun/karikatur. 



Saya sedang memberi hujah-hujah mengenai teknik melukis iaitu cara kartun orang lidi atau boleh kita panggil TEKNIK ANATOMI. Jangan ketawakan lukisan kartun orang lidi… buat pelukis baru, inilah asas-asas yang perlu dipelajari kerana saya suatu ketika dulu juga bermula dengan teknik ini. Tanpa pengetahuan anatomi manusia yang tepat, watak kartun dalam karya akan kelihatan janggal. Jadi, penting bagi anda belajar melukis anatomi yang tepat!


 

Tugasan diorang petang itu ialah melukis karikatur.  Semua nampak bersungguh melakukannya, memang kita kena berseronok masa melukis. Ayuh, mulakan mencipta dan melukis! Lukis jangan tak lukis!

Inilah hasil Assignment pertama salah seorang peserta bengkel, wah! memang ada bakat... teruskan melukis!

Alhamdulillah bengkel pada hari itu ditamatkan sekitar jam 5.00 petang.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga kalian mendapat sesuatu manfaat dan kebaikan dari apa yang dipelajari. Kita selalu dengar pandangan seperti: “Lukis kartun senang saja. Tak belajar pun boleh…” Pesanan saya buat anda yang mahu melibatkan diri dalam bidang ini sama ada sekadar suka-suka, sebagai hobi atau sebaliknya, sebaiknya mengenepikan dahulu persoalan seperti ini. Tanya kepada diri sendiri, apakah tujuan anda hendak melukis?

Okey kita jumpa lagi, salam pena berwarna!


1 komentar:

seimura mengatakan...

nasrul... mai la dtg mansurah lg....