Minggu, 10 Agustus 2008

ALFITYANCOMICS EDISI SALAM UKHWAH


Bermulalah perjalanan kisah seperti yang dimaklumkan, sebelum ini telah terhidang dengan pelbagai menu bahan bacaan, kini Badan Penerbitan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengambil alternative dengan mencuba resepi baru yang berkonsep komik dakwah santai. Alhamdulillah ALFITYANCOMICS siap dituai hasilnya, biarpun acapkali ripuh bercanpera memugar ilham dan kekalutan di permulaan awal rangka kerja.


Ini bukan komik celoteh biasa, tetapi lebih kepada medium elemen 3S- SERIUS-SINIS-SANTAI, hanya sekadar peringatan kerana konsep agama Islam itu sendiri pun adalah nasihat. Komik ini terhasil melalui perkongsian idea rakan-rakan akhwat ikhwah karyawan pelukis juga penulis kreatif. Ucapan syabas dan terima kasih kepada seluruh warga kerja edisi yang pertama ini...

Salam mangsi Ulama!



Tidak ada komentar: